Rabitah

Rabitah didefinisikan sebagai ikatan, yang merupakan simbolik kepada ukhwah dan ingatan di antara pelajar, alumni, guru, dan kakitangan SMKA Kuala Selangor. Ia juga simbolik kepada kenangan dan ingatan yang tidak pernah putus sepanjang menimba ilmu di SMKA Kuala Selangor

Majlis Sambutan Jubli Perak SMKAKS ini adalah satu program julung kalinya dirancangkan bagi meraikan SMKA Kuala Selangor yang telah mencapai usia 25 tahun. Sepanjang 25 tahun penubuhan sekolah ini, lebih kurang 3000 pelajar telah dilahirkan dan mereka kini adalah pakar, agamawan, ahli korporat, teknokrat mahupun profesional daripada pelbagai bidang. Oleh itu, dengan inisiatif Alumni, majlis ini diharapkan dapat mengembalikan tautan ukhuwah serta dapat meniup semangat pemula bagi budaya “giving back to the school” di samping meraikan ulangtahun ke-25 tahun sekolah.

Objektif

Antara matlamat yang ingin dicapai melalui sambutan ini adalah:

  • Membantu sekolah untuk mendapatkan dana bagi membaikpulih prasarana.
  • Mengumpulkan alumni untuk Mesyuarat Agung Tahunan bagi menggerakkan persatuan serta selaras dengan kehendak Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
  • Mengeratkan silaturrahim antara alumni, pihak sekolah dan PIBG.
  • Berkongsi pengalaman dan kepakaran bagi membantu para pelajar di alam persekolahan dan pekerjaan.
  • Mengambil peluang untuk meneruskan usaha menjadikan sekolah medan yang turut memberi manfaat kepada komuniti sekitar

Sasaran

  • Warga SMKA Kuala Selangor.
  • Alumni SMKA Kuala Selangor.
  • Bekas guru dan kakitangan SMKA Kuala Selangor.
  • PIBG SMKA Kuala Selangor.
  • Komuniti setempat.

Aktiviti