Rakaman Tazkirah Malam Jumaat

Sinopsis

Tarikh: 28 JUN 2019
Tarikh Siaran : 22 OGOS 2019
Lokasi: SMKA KUALA SELANGOR, KUALA SELANGOR
Masa: 8:00PM-10:30PM
Moderator: AMIN IDRIS
Panelis: 1. USTAZ HASLIN BAHARIM
: 2. USTAZAH FATIMAH SYARHA

Pentas Tazkirah Malam Jumaat kali ini akan membawakan tajuk ‘Dunia Bawah Umur’. Pada episod ini para panel kita akan membincangkan isu-isu yang melibatkan mereka yang berusia di bawah peringkat umur. Antaranya adalah seperti Pedofhile, haruan makan anak, penderaan kanak-kanak, kanak-kanak yang bekerja, dan lain-lain. Satu perumpamaan yang sering kita dengar tentang pendidikan kanak-kanak – anak umpama lukisan putih dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Justeru, bagaimanakah cara yang terbaik sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak yang diamanahkan Allah SWT? Tidakkah keluarga itu seharusnya menjadi tempat yang paling selamat bagi anak-anak kecil ini? Sama-sama kita dengarkan perbincangan berkenaan perkara ini bersama para panel yang cukup hebat di pentas TMJ.